Tuesday, May 7, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Warna Warni Aidilfitri BSP

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 18 MEI – Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama para pemegang saham, rakan kongsi, dan masyarakat setempat dalam acara ‘Warna Warni Aidilfitri bersama BSP’ yang berlangsung di Pusat Insani, Seria hari ini.

    Pengarah Urusan BSP dan Pengerusi Negara Shell di Brunei Darussalam, Agnete Johnsgaard-Lewis, turut menyampaikan ucapan ringkas yang menekankan majlis itu merupakan kali pertama dalam tiga tahun BSP dapat mengadakan majlis sedemikian.

    “Sejajar dengan misi kami untuk ‘Memberi Tenaga Secara Mampan kepada Brunei’, kami telah bekerjasama erat dengan usahawan tempatan bagi menyediakan pelbagai hidangan dan masakan tradisional di sini hari ini, yang saya harap dapat membawa kegembiraan dalam suasana Sambutan Hari Raya yang penuh bermakna ini,” jelasnya.

    Turut hadir ialah Yang Dimuliakan Pehin Datu Padukaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Shari bin Ahmad; ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Salleh bin Haji Othman selaku Penghulu Mukim Bukit Sawat; ahli MMN, Yang Berhormat Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann selaku Ketua Kampung Bukit Sawat; dan juga Pemangku Pegawai Daerah Belait, Haji Amirol Hafidzin bin Haji Muhammad, serta kakitangan BSP.

    Agnete Johnsgaard-Lewis semasa menghadiri majlis sambutan tersebut di Pusat Insani, Seria.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...