Sunday, May 19, 2024
33 C
Brunei

    -

    Jumpa kokain 1.5kg di pantai

    JAKARTA, 18 MEI – Seorang penduduk di daerah Anambas di pulau Riau, Indonesia telah menemui 1.5 kilogram (kg) kokain di pantai kampung Kuala Maras lewat bulan lalu dan polis mengesyaki barangan tegahan itu merupakan sebahagian daripada konsainan yang diseludup dari luar negara.

    Ketua Polis Pulau Riau, Inspektor Jeneral Tabana Bangun mengatakan pada Isnin lalu bahawa dadah ditemui pada 30 April di pulau Anambas telah dilaporkan kepada pihak berkuasa tempatan.

    “Ujian makmal mengesahkan dadah itu adalah kokain,” kata Tabana.

    Beberapa peket kokain telah ditemui di Anambas sebelum ini. Pada Disember, sejumlah 8kg kokain ditemui dalam lapan bungkusan.

    “Kami masih menyiasat sama ada penemuan terbaharu ini berkaitan dengan kes sebelumnya,” kata ketua polis itu.

    Anambas terletak berhampiran Natuna di bahagian paling luar kawasan utara negara itu dan amat hampir dengan kawasan bertindih di Laut China Selatan, satu kawasan yang menjadi pertikaian di Asia Tenggara dan Timur. – ANN/Jakarta Post

    Pemandangan dari udara pulau di kawasan Anambas. –Jakarta Post
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...