Wednesday, May 8, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    19 pelajar JIS raih emas dalam pertandingan IMC

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 MAC – Seramai 19 orang pelajar Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) termasuk Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah telah menerima Anugerah Emas dalam pertandingan matematik kebangsaan paling popular di United Kingdom (UK), Intermediate Maths Challenge (IMC), baru-baru ini.

    JIS dalam kenyataan yang dikeluarkan turut mengumumkan bahawa Gideon Chan telah dianugerahkan ‘Terbaik di Tahun 11’, Amelia Ege ‘Terbaik di Tahun 9’ dan Lemuel Dhanushan Chinniah dari Tahun 10 pula dianugerahkan ‘Terbaik di Sekolah’.

    Seramai 28 pelajar pula menerima Anugerah Perak dan 40 pelajar menerima Anugerah Gangsa.

    Menurut JIS, seramai 126 pelajar dari Tahun 9 hingga 11 telah mengambil bahagian dalam pertandingan yang dikendalikan oleh UK Mathematics Trust (UKMT) itu.

    Cabaran itu ditujukan kepada pelajar Tahun 9 hingga 11 (umur 13 hingga 16 tahun) dan melibatkan menjawab 25 soalan pilihan dalam masa 60 minit tanpa kalkulator. Ia adalah kertas yang direka untuk merangsang minat dalam matematik untuk sebilangan besar pelajar.

    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah berkenan bergambar ramai bersama penerima anugerah emas lain dalam cabaran IMC, Pengetua JIS, Nicholas Sheehan dan Penyelaras IMC, Adrian Thacker. – Gambar serahan JIS (Berita lanjut di Muka 3)
    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah berkenan bergambar ramai bersama para
    penerima anugerah emas, perak dan gangsa dalam cabaran berkenaan, serta Nicholas Sheehan, Naib Pengetua JIS, Dr Daniel Milner, Ketua Matematik, Philip May dan Penyelaras IMC, Adrian Thacker. – Gambar serahan JIS

    Soalan-soalan tersebut bertujuan untuk menguji ketangkasan matematik pelajar, kebolehan mereka mengaplikasikan matematik yang telah mereka pelajari di dalam kelas dengan cara yang luar biasa dan kreatif.

    Sebanyak 50 peratus pelajar terbaik di peringkat antarabangsa menerima anugerah emas, perak atau gangsa dalam nisbah 1:2:3.

    Pengetua, Nicholas Sheehan dipetik mengucapkan tahniah kepada semua pelajar
    yang mengambil bahagian.

    Beliau berkata, “Membangun penyelesai masalah yang berdaya tahan adalah teras kepada apa yang kami cuba capai sebagai Fakulti Matematik di JIS – inilah sebenarnya IMC.

    “Cabaran ini menggalakkan penaakulan (reasoning) matematik, ketepatan pemikiran, dan kelancaran menggunakan teknik asas matematik untuk menyelesaikan masalah yang menarik. Saya amat berbangga dengan semua yang mengambil bahagian dan terutamanya mereka yang berjaya mendapat sijil – syabas!,” katanya lagi.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...