Friday, May 3, 2024
29.8 C
Brunei

    -

    20 maut bas, trak berlanggar

    JOHANNESBURG, 14 FEB – Kemalangan membabitkan sebuah trak berperisai dan sebuah bas meragut nyawa 20 mangsa dan mencederakan 60 lagi di wilayah Limpopo
    di utara Afrika Selatan, menurut jabatan pengangkutan serantau hari ini.

    “Kemalangan tragik mengorbankan 20 orang ini berlaku semalam apabila sebuah trak berperisai membawa wang tunai hilang kawalan dan bertembung dengan sebuah bas dari arah bertentangan di sebuah lebuh raya,” kata jabatan itu dalam satu kenyataan.

    Seramai 10 mangsa yang cedera dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan sudah dipindahkan ke hospital.

    Sementara itu, pasukan penyelam polis sedang memeriksa sungai yang mengalir di sepanjang lebuh raya bagi mencari ‘mangsa yang mungkin dihanyutkan arus’. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lebih 57,000 ayam ditakai di Jepun akibat wabak selesema burung

    TOKYO, 2 MEI - Lebih daripada 57,000 ayam ditakai di Wilayah Chiba Jepun berikutan penularan virus avian influenza, yang merupakan wabak ke-11 musim ini,...