Oleh Sim Y. H.
TUTONG, 7 MAC – Bekas Kakitangan Kerajaan Daerah Tutong (PAKATAN) telah melantik lima orang ahlinya dalam jawatankuasa tadbir tertinggi baharu bagi sesi 2023-2024.
Pemilihan diadakan semasa Majlis Mesyuarat Agung ke-26 yang berlangsung di Dewan Seri Kenangan, Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Bukit Bendera, Pekan Tutong, baru-baru ini.
Ahli-ahli jawatankuasa tadbir tertinggi baharu yang dilantik ialah Yang Di-Pertua, Haji Ibrahim bin Haji Manaf; Timbalan Yang Di-Pertua, Haji Aminorashid bin Haji Ghazali; Pengerusi Tetap, Haji Talipuddin bin Haji Mahari; Setiausaha Agung, Haji Mohammad Yusof bin Mohammad Yassin dan Bendahari Agung, Awang Ahanapi bin Haji Mahadi.
