Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    50 sertai latihan tingkat kualiti perkhidmatan pelanggan berciri Islam

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 APRIL – Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) melalui Jabatan Kemajuan Pelancongan, dengan kerjasama Pusat Serantau bagi Pendidikan Vokasional dan Teknikal SEAMEO (SEAMEO VOCTECH) dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) telah mengendalikan Latihan Islamic Values on Customer Service Training, baru-baru ini.

    Latihan yang diadakan dua sesi itu adalah bagi industri pelancongan di Negara Brunei Darussalam khususnya institusi-institusi hospitaliti dan pelancongan, majlis perundingan kampung (MPK), Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB), premis-premis penginapan pelancongan, restoran, penyedia perkhidmatan pelancongan dan tempat-tempat menarik yang sering dikunjungi oleh pelancong.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Pelancongan, di sini, seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada pemilik, pengurus dan penyelia telah mengikuti latihan tersebut yang berlangsung selama dua hari bagi setiap sesi.

    Kenyataan menyatakan lagi bahawa latihan itu merupakan salah satu inisiatif jabatan ke arah meningkatkan kualiti pemberian perkhidmatan pelanggan dengan menerapkan nilai-nilai Islam sekali gus mempromosikan pelancongan Islam sebagai salah satu faktor pelaris unik bagi membezakan industri pelancongan Negara Brunei Darussalam daripada destinasi lain di rantau ini.

    Kempen MESRA, yang membawa maksud muhibah, etika, senyum, ramah dan adil, juga telah dilancarkan pada Januari 2022 bagi mempromosikan dan memastikan penerapan nilai-nilai Islam dalam perkhidmatan pelanggan di kalangan petugas barisan hadapan (frontliners) selaras dengan falsafah Melayu Islam Beraja (MIB).

    Peserta yang berjaya menamatkan Latihan Islamic Values on Customer Service Training, bergambar ramai, baru-baru ini. – Gambar serahan Jabatan Kemajuan Pelancongan

    Antara ciri-ciri Islam yang diajar ketika sesi latihan berkenaan adalah cara menghormati dan melayan pelancong atau tetamu semasa ketibaan dan sewaktu pulang, dengan turut memfokuskan aspek kebersihan, keselamatan dan keamanan kepada para pelancong atau tetamu.

    Kenyataan menjelaskan bahawa melalui latihan itu, ia akan dapat membantu menyediakan para peserta dalam meneroka asas-asas perkhidmatan pelanggan dalam konteks perkhidmatan mengikut prinsip dan garis panduan Islam serta mengembangkan, mengusahakan dan memperkukuhkan peserta-peserta dari segi kemahiran, pengetahuan dan sikap service-delivery-oriented skills.

    Latihan itu adalah penting bagi memastikan petugas barisan hadapan yang terdiri daripada industri pelancongan mempunyai kemahiran dan pengetahuan di dalam mengendalikan pelancong-pelancong menggunakan garis panduan Islam serta menyerapkan sifat-sifat keBruneian yang ramah dan bersopan santun.

    Ia juga adalah sebagai persediaan bagi memastikan para penyedia perkhidmatan pelancongan untuk memberikan perkhidmatan serta layanan yang terbaik kepada setiap pengunjung atau pelancong apabila sempadan negara kembali dibukakan untuk kunjungan pelancongan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...