Tuesday, May 7, 2024
24 C
Brunei

    -

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang, kata seorang pegawai bomba tempatan.

    Kebakaran bermula apabila silinder gas memasak meletup ketika pengunjung sedang makan di restoran itu, kemudiannya merebak ke sebuah hotel bersebelahan di Patna, ibu negeri Bihar, kata pegawai berkenaan, Satya Prakash.

    Sekurang-kurangnya 40 orang diselamatkan dari dua bangunan itu oleh anggota bomba dengan lebih 10 jentera bomba digunakan untuk memadam api, kata Prakash.

    Hotel terbabit berada di kawasan sesak di sebelah stesen kereta api Patna. Beberapa kenderaan yang diletakkan di hotel itu turut musnah, kata Prakash.

    Beliau berkata beberapa tetamu di hotel itu melompat dari tingkap bilik mereka dan tercedera. Butiran lanjut belum diperolehi.

    Kebakaran adalah perkara biasa di India apabila pembina dan penduduk sering melanggar undang-undang bangunan dan kod keselamatan.

    Pada 2019, litar pintas elektrik menyebabkan sebuah bangunan di ibu negara India terbakar dan mengorbankan 43 orang. Pada 2022, kebakaran di bangunan komersial empat tingkat di New Delhi membunuh sekurang-kurangnya 27 orang. – AP

    Anggota bomba memadamkan kebakaran yang berlaku di sebuah restoran dan hotel berhampiran stesen kereta api Patna Junction, di Patna, Bihar, India pada 25 April. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...