Tuesday, May 7, 2024
25.6 C
Brunei

    -

    Polis Filipina tumpaskan Abu Sayyaf

    MANILA, 26 APRIL – Polis Filipina membunuh seorang ahli kumpulan pemberontak Abu Sayyaf, yang telah terbabit dalam kejadian pancung kepala melibatkan 10 marin Filipina dan dua warga Vietnam yang telah diculik, menurut pegawai polis pada hari ini.

    Polis Filipina dengan sokongan ejen perisikan tentera, membunuh Nawapi Abdulsaid dalam pertempuran singkat pada malam Rabu di bandar pesisir terpencil, Hadji Mohammad Ajul di pulau Basilan selepas beberapa minggu pengawasan, kata pegawai-pegawai keselamatan.

    Abu Sayyaf adalah kumpulan pemberontak bersenjata yang kecil tetapi ganas, yang telah disenaraihitamkan oleh Amerika Syarikat dan Filipina sebagai organisasi pengganas membabitkan penculikan wang tebusan, pancung kepala, pengeboman dan serangan berdarah lain.

    Ia telah dilumpuhkan oleh kekalahan dalam pertempuran, penyerahan diri dan pertelingkahan, tetapi masih kekal sebagai ancaman keselamatan terutamanya di selatan Filipina.

    Abdulsaid, yang menggunakan nama samaran Khatan, adalah salah seorang daripada beberapa ahli kumpulan pemberontak Abu Sayyaf yang bersekutu dengan kumpulan IS.

    Laporan polis mengatakan bahawa Abdulsaid terlibat dalam sekurang-kurangnya 15 kejadian pancung kepala di Basilan, termasuk 10 tentera marin Filipina di bandar Al-Barka pada 2007 dan dua daripada enam pelaut Vietnam yang diculik dari kapal kargo berhampiran bandar Sumisip pada 2016.

    Dia juga terlibat dalam serangan terhadap tentera kerajaan pada 2022 dan pengeboman pada November yang membunuh dua anggota militia pro-kerajaan dan mencederakan dua yang lain. – AP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...