Tuesday, May 7, 2024
24 C
Brunei

    -

    Puluhan ribu jururawat Sweden tolak kerja lebih masa

    STOCKHOLM, 26 APRIL – Kira-kira 63,000 jururawat dan kakitangan penjagaan kesihatan lain di Sweden enggan bekerja lebih masa selepas kegagalan rundingan dengan majikan mereka mengenai jadual waktu bekerja kelmarin, kata kesatuan mereka.

    Jururawat, bidan, saintis bioperubatan dan jururadiografi akan bekerja mengikut syif tetap mereka tetapi tiada lebih masa atau jam tambahan, kata Persatuan Profesional Kesihatan Sweden (Vardforbundet).

    Penolakan itu dijangka menyebabkan kelewatan bagi pesakit, kata pihak berkuasa penjagaan kesihatan awam, kerana majikan tidak akan dapat mengupah kakitangan gantian yang merupakan ahli kesatuan itu.

    Kesatuan itu telah merundingkan syarat-syarat kerja dengan majikan sebagai sebahagian daripada pembaharuan tetap persetujuan bersamanya, dengan jam kerja lebih masa merupakan perkara utama.

    Ia menyatakan, pekerjanya menghabiskan tiga juta jam lebih masa dan jam tambahan tahun lepas.

    “Mereka tetap berada di tempat bertugas selepas tamat waktu kerja, masuk dalam notis singkat, bekerja enam hari seminggu, melangkau makan tengah hari dan terpaksa menahan diri daripada cuti yang berhak mereka perolehi menurut undang-undang,” kata ketua kesatuan, Sineva Ribeiro, dalam satu kenyataan selepas pemberhentian kerja lebih masa berkuat kuasa 4 petang (1400 GMT) kelmarin. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...