Tuesday, May 7, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    9 calon sertai kempen PM UK baharu

    LONDON, 10 JULAI – Bekas Setiausaha Pertahanan United Kingdom (UK), Penny Mordaunt menjadi ahli parlimen Konservatif kesembilan yang melancarkan bidaannya untuk menggantikan Perdana Menteri Boris Johnson, ketika persaingan itu menumpukan kepada cukai.

    Mordaunt, 49, bekas tentera laut simpanan yang juga memegang beberapa jawatan menteri kanan, bukanlah antara calon yang mendahului untuk menggantikan Johnson dalam undian antara ahli-ahli Tory, yang pada akhirnya memilih ketua baharu mereka.

    Walau bagaimanapun, pertandingan itu tidak dapat dijangkakan, dan dengan lebih dari puluhan penggubal undang-undang daripada beberapa kumpulan berpotensi untuk bertanding, menurut pengulas bidang politik, beberapa calon boleh ditolak.

    Calon pilihan awal ialah bekas menteri kewangan, Rishi Sunak, yang melancarkan kempennya pada Jumaat lalu selepas membantu memulakan pemberotakan kabinet yang membawa kepada peletakan jawatan Johnson secara paksa pada Khamis lalu. Beliau sekarang keluar daripada pasukan yang setia pada Johnson dan menjadi pesaing merebut jawatan perdana menteri.

    Sunak dan bekas menteri kesihatan, Sajid Javid – yang mengumumkan penyertaannya – kedua-duanya meletak jawatan Selasa lalu, mendorong puluhan rakan sekerja untuk mengikutinya.

    Kejadian peletakan jawatan yang ramai menyebabkan Johnson mengundurkan diri sebagai ketua Tory selepas 36 jam kemudian.

    Sementara itu, pemerintah berusia 58 tahun itu, menyaksikan kerajaan itu keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) dan pandemik COVID, beliau berkata akan kekal memegang jawatan tersebut sehingga penggantinya telah dipilih.

    Bekas Setiausaha Hal Ehwal Luar Negara, Jeremy Hunt, calon yang menduduki tempat kedua dalam pemilihan perdana menteri pada 2019, telah mengumumkan kelmarin bahawa beliau akan turut bertanding sekali lagi. – AFP

    Penny Mordaunt semasa berucap mengenai pengumumannya menyertai kempen pemilihan perdana menteri di London. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...