Monday, May 6, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Abai dan aniaya Bella: Siti Bainun dipenjara 22 tahun

    KUALA LUMPUR, 3 MEI – Mahkamah Sesyen di sini, menjatuhkan hukuman penjara berjumlah 22 tahun terhadap Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down, dikenali sebagai Bella.

    Hakim Izralizam Sanusi menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi kesalahan mengabai dan 12 tahun penjara untuk pertuduhan menganiaya, namun Siti Bainun hanya perlu menjalani hukuman penjara 12 tahun, selepas hukuman itu diperintah berjalan secara serentak, bermula hari ini.

    Mahkamah juga memerintahkan tertuduh menandatangani bon berkelakuan baik dalam tempoh lima tahun dengan seorang penjamin warganegara tempatan, berserta cagaran RM5,000.

    Siti Bainun, yang hadir ke kompleks mahkamah pada kira-kira 8:27 pagi dengan ditemani seorang wanita juga diarah melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara. 

    Mengikut pertuduhan, Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021. – Bernama

    Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur, menjatuhkan hukuman penjara berjumlah 22 tahun terhadap Siti Bainun Ahd Razali selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down, dikenali sebagai Bella. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pemberontak Kashmir disyaki bunuh koperal tentera udara India

    SRINAGAR, 5 MEI - Seorang anggota tentera udara India terbunuh dan empat lagi cedera apabila pemberontak disyaki menyerang hendap konvoi tentera di Kashmir yang...