Sunday, May 19, 2024
29.8 C
Brunei

    -

    Alba pimpin Barca ke ambang kejuaraan

    BARCELONA, 3 MEI – Jordi Alba menjaringkan gol pada minit akhir buat Barcelona dalam kemenangan 1-0 ke atas Osasuna yang beraksi dengan 10 pemain kelmarin.

    Kemenangan itu membawa Barca selangkah lebih dekat dengan kejuaraan La Liga pertama mereka sejak 2019.

    Skuad kendalian Xavi Hernandez itu mendahului 14 mata daripada tempat kedua Real Madrid, yang tewas 2-0 di Real Sociedad.

    Osasuna memberikan penampilan sulung buat Jorge Herrando, namun dibuang padang pada separuh masa pertama kerana kekasaran ke atas Pedri, ketika cuba mengecewakan tuan rumah Barcelona.

    Penjaga gol Osasuna, Aitor Fernandez menghalang banyak percubaan pada separuh masa kedua tetapi akhirnya pemain gantian Alba berjaya menjaringkan gol untuk merampas kemenangan.

    “Kami akan tunggu dan lihat, tetapi ia satu langkah besar ke hadapan,” kata Xavi.

    Jurulatih Osasuna, Jagoba Arrasate merehatkan pemain menjelang final Copa del Rey menentang Madrid pada hari Sabtu, manakala Barca beraksi dengan pasukan yang sama yang menumpaskan Real Betis pada hujung minggu. – AFP

    Aksi Robert Lewandowski membuat percubaan semasa perlawanan liga Sepanyol antara Barcelona dan CA Osasuna di stadium Camp Nou di Barcelona pada 2 Mei. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia cipta AI boleh klasifikasi tumor otak lebih cepat, tepat

    CANBERRA, 19 MEI - Pasukan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Australia (ANU) telah membangunkan alat kecerdasan buatan (AI) untuk mengklasifikasikan tumor otak dengan lebih cepat...