Thursday, May 9, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Afrika terima vaksin mpox

    NAIROBI, 1 DIS – Badan kesihatan awam Afrika berkata benua itu akan menerima kumpulan vaksin mpox pertamanya sebagai sumbangan dari Korea Selatan.

    Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika berkata hari ini 50,000 dos akan digunakan untuk pekerja kesihatan dan penduduk yang tinggal di kawasan yang paling teruk terjejas. Namun tidak ada jadual yang telah diberikan untuk ketibaan dos berkenaan.

    Benua itu telah mencatat 202 kematian akibat mpox pada tahun ini – dengan kadar kematian mencecah 19.3 peratus di 13 wilayah. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Hong Kong gagalkan percubaan rompakan

    HONG KONG, 8 MEI - Polis Hong Kong menahan lima lelaki yang cuba merompak sebuah kedai barang kemas, dengan rakaman kamera litar tertutup (CCTV)...