Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Weelago lancar aplikasi mudah alih baharu

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 DIS –Sempena Ekspo Produk Tempatan 2022, Weelago meraikan pencapaian terbaharunya dengan pelancaran aplikasi mudah alih baharunya sebagai platform membeli-belah dalam talian untuk orang ramai yang berlangsung di Dewan Bridex 2, Jerudong, hari ini.

    Aplikasi mudah alih Weelago yang boleh dimuat turun di Google Play dan App Store ini direka untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah secara dalam talian.

    Aime Veniece dari Creative & Media, Weelago.com ketika ditemu bual di acara itu antara lain menjelaskan, aplikasi baharu ini, menawarkan pengguna untuk mendapatkan produk dengan cara yang lebih mudah untuk mencari penjual, pembayaran dengan selamat dan pilihan logistik yang boleh dipercayai.

    Dalam usaha menggalakkan orang ramai berbelanja di dalam negara, Weelago juga membawa kembali HoliDEALS Shopping Spree sempena Festival Disember Brunei ke-6 yang bermula hari ini hingga hujung tahun ini.

    “Acara ini merupakan inisiatif untuk menggerakkan aktiviti ekonomi tempatan dengan meningkatkan kegiatan membeli-belah dalam talian selain menggalakkan perniagaan untuk pergi dalam talian dengan transformasi digital,” jelasnya.

    Sebagai sebahagian daripada HoliDEALS Shopping Spree, pembeli juga boleh menikmati Jualan Kilat 1212 dan promosi eksklusif lain daripada penjual yang mengambil bahagian.

    Dengan strategi perniagaan O2O, Weelago akan mempamerkan promosi HoliDEALS Shopping Spree di Ekspo Produk Tempatan dengan penempatan produk untuk memberi para pembeli pengalaman membeli-belah luar talian ke dalam talian dan dalam talian ke luar talian.

    Dalam pada itu, untuk pemilik perniagaan yang berminat memasarkan produk mereka secara dalam talian boleh berkunjung ke petak Weelago untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej permulaan yang menawarkan eShop langganan percuma dan banyak lagi.

    Weelago merupakan pasaran dalam talian Brunei yang membantu perniagaan meningkatkan dan mempromosi produk bukan sahaja dalam negara bahkan di luar negara dan berhasrat untuk membawa pembekal untuk mencapai wawasan 2035.

    Warga Weelago bergambar ramai semasa ekspo berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...