Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Albon sedia beraksi di Grand Prix Singapura

    WANTAGE, ENGLAND, 29 SEPT – Pemandu Formula Satu, Alex Albon akan kembali untuk pasukan Williams pada Grand Prix Singapura hujung minggu ini selepas pulih daripada apendisitis.

    F1 menyiarkan mesej pada Rabu di Twitter yang mengatakan ‘Alex Albon akan kembali untuk mengemudi kereta pasukan Williamsnya.’

    Albon terlepas perlumbaan terakhir di GP Itali tiga minggu lalu selepas dimasukkan ke hospital akibat apendisitis. Dia telah mengambil bahagian dalam latihan Jumaat di Monza kemudian jatuh sakit dan menjalani pembedahan pada Sabtu.

    Pemandu Belanda, Nyck De Vries mengambil tempatnya dan memandu dengan baik untuk menamatkan perlumbaan di tempat kesembilan. Williams berkata Albon mengalami kegagalan pernafasan selepas pembedahan dan dia dipindahkan ke unit rawatan rapi.

    “Pertama sekali, saya hanya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang atas mesej dan sokongan yang diberikan sepanjang hujung minggu Grand Prix Itali,” kata Albon di laman sesawang F1.

    “Persediaan saya untuk Singapura sedikit berbeza daripada biasa, tetapi saya berasa baik dan saya telah melakukan segala yang mungkin untuk bersiap sedia menghadapi salah satu perlumbaan paling fizikal dalam kalendar.”

    Albon yang berusia 26 tahun berhasrat untuk mengunjungi litar Marina Bay namun menjangkakan masa sukar pada perlumbaan malam di trek berpusing dengan haba dan kelembapan yang tinggi.

    “Saya tidak memandang rendah betapa besarnya cabaran ini, tetapi saya tidak sabar-sabar untuk memasuki trek pada Jumaat dan kembali memandu,” katanya.

    “Ia adalah litar jalanan yang hebat dan perlumbaan paling hampir dengan rumah saya di Thailand, jadi saya sangat teruja untuk berada di sini dan melihat peminat yang hadir.” – AP

    Ahli krew pasukan Mercedes bersiap sedia untuk perlumbaan Formula Satu, Grand Prix Singapura yang akan datang di Litar Jalan Marina Bay di Singapura, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...