Sunday, September 24, 2023
22.3 C
Brunei

    -

    Australia haram simbol Nazi

    SYDNEY, 8 JUN – Australia pada hari Khamis mengumumkan ia akan melarang pameran awam simbol Nazi, ketika negara itu bergumul dengan kumpulan kecil ekstremis sayap kanan yang semakin berani.

    Peguam Negara Mark Dreyfus berkata kerajaan akan memperkenalkan undang-undang baru yang menjadikan pameran dan jualan lencana Nazi sebagai jenayah, seperti swastika Hakenkreuz dan kilat SS.

    Pegawai perisikan telah memberi amaran bahawa semakin ramai rakyat Australia tertarik kepada ideologi neo-Nazi, ketika kumpulan ekstremis meningkatkan usaha mereka untuk merekrut ahli baru.

    “Tidak ada tempat di Australia untuk simbol-simbol yang mengagungkan kengerian Holocaust,” kata Dreyfus.

    “Dan kami tidak akan lagi membenarkan orang mengaut keuntungan daripada pameran dan jualan barang-barang yang meraikan Nazi dan ideologi jahat mereka.” – AFP

    Kerajaan Australia akan menggubal undang-undang untuk mengharamkan swastika dan simbol Nazi lain di seluruh negara berikutan peningkatan aktiviti. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...