Monday, May 20, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Dua maut, 21 cedera susulan serangan hospital di China

    BEIJING, 7 MEI – Dua orang maut dan 21 cedera selepas seorang lelaki melakukan tikaman rambang di sebuah hospital di barat daya China hari ini, kata pegawai-pegawai tempatan.

    “Serangan pisau berlaku di Hospital Chengnan di Daerah Zhenxiong, yang meng-akibatkan dua kematian dan 21 cedera,” kata kenyataan di akaun WeChat rasmi daerah itu.

    Suspek iaitu seorang lelaki dari kampung berhampiran, sedang disiasat, kata pihak berkuasa.

    Mereka yang cedera sedang dirawat di hospital, tambah mereka.

    Imej-imej yang diterbitkan oleh laman berita kerajaan, The Paper menunjukkan seorang lelaki mengacukan pisau ke arah lelaki lain yang menghunus kayu di lobi hospital, serta pegawai-pegawai polis yang tiba di tempat kejadian.

    Jenayah ganas besar-besaran jarang berlaku di China, yang melarang sekeras-kerasnya rakyat daripada memiliki senjata api, tetapi terdapat beberapa kejadian tikaman dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

    Ogos lalu di Yunnan, dua orang maut dan tujuh lagi cedera selepas seorang lelaki yang mempunyai sejarah penyakit mental menyerang orang dengan pisau. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Helikopter presiden Iran ‘kemalangan’

    TEHRAN, 19 MEI - Sebuah helikopter yang membawa konvoi Presiden Iran, Ebrahim Raisi terlibat dalam ‘kemalangan’ hari ini, lapor media negara itu, tanpa menyatakan...