Monday, May 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    5 maut, 49 hilang bangunan runtuh di Afrika Selatan

    AFRIKA SELATAN, 7 MEI – Pasukan penyelamat bekerja sepanjang malam mencari puluhan pekerja pembinaan yang tertimbus lebih 12 jam di bawah runtuhan konkrit selepas kompleks pangsapuri bertingkat yang sedang dibina runtuh di sebuah bandar pantai di Afrika Selatan.

    Pihak berkuasa berkata awal hari ini bahawa angka kematian meningkat kepada lima orang, manakala 49 pekerja masih tertimbus dalam serpihan bangunan yang hancur, yang runtuh petang kelmarin. Pihak berkuasa berkata, 21 lagi pekerja telah diselamatkan dari runtuhan dan dibawa ke pelbagai hospital, dengan kira-kira 11 daripada mereka mengalami kecederaan parah. Runtuhan itu berlaku di bandar George, kira-kira 400 kilometer, timur Cape Town di pantai selatan Afrika Selatan.

    Lebih 100 kakitangan kecemasan dan responden lain berada di tempat kejadian, menggunakan anjing pengesan untuk cuba mencari mangsa, beberapa daripada mereka terperangkap di bawah kepingan konkrit besar yang jatuh ke atas mereka apabila bangunan lima tingkat itu runtuh.

    Kren besar dan peralatan angkat berat lain dibawa ke tapak untuk membantu usaha menyelamat dan lampu sorot tinggi dipasang untuk membolehkan anggota mencari dan menyelamat bekerja sepanjang malam. – AP

    Pasukan penyelamat mencari puluhan pekerja pembinaan yang tertimbus di bawah runtuhan konkrit di George, Afrika Selatan pada 7 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mayat pendaki Mongolia kedua yang hilang di Everest ditemui

    KATHMANDU, 19 MEI - Pasukan penyelamat menemui mayat pendaki Mongolia kedua yang hilang di Gunung Everest, menurut penganjur ekspedisi, hari ini, sekali gus mengesahkan...