Monday, May 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Sambutan Hari Raya CHMS meriah

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 7 MEI – Kira-kira 1,200 orang telah menyertai pelbagai acara yang diadakan di Sekolah Menengah Chung Hua (CHMS), Kuala Belait, baru-baru ini bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri.
     
    Acara yang dianjurkan oleh Jabatan Bahasa Melayu dan Pengetahuan Agama Islam sekolah itu bertujuan memperingati sambutan raya dengan menghimpunkan pelajar, guru, ibu bapa dan penjaga dengan pelbagai permainan dan aktiviti.
     
    Acara dimulakan dengan pelancaran sambutan dan ucapan oleh pengetua sekolah berkenaan, Dr Chong Kui Kian.
     
    Selain itu, pelbagai petak turut disediakan oleh sekolah itu di samping persembahan pentas dan permainan.
     
    Terdapat juga beberapa pertandingan disertai oleh pelajar dan guru antaranya nyanyian, tarian, pertunjukan fesyen raya, hiasan pondok, dan pakaian raya sepadan.
     
    Acara sambutan yang meriah itu diakhiri dengan penyerahan hadiah kepada para pemenang.
    Pelancaran acara disempurnakan oleh pengetua sekolah. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Antara persembahan pentas yang memeriahkan malam itu. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mayat pendaki Mongolia kedua yang hilang di Everest ditemui

    KATHMANDU, 19 MEI - Pasukan penyelamat menemui mayat pendaki Mongolia kedua yang hilang di Gunung Everest, menurut penganjur ekspedisi, hari ini, sekali gus mengesahkan...