Monday, May 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Kempen derma darah sempena ulang tahun JBP pada 9 Mei

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 MEI – Orang ramai diseru untuk tampil ke hadapan bagi sama-sama membantu mengekalkan bekalan darah di Negara Brunei Darussalam dengan mengambil bahagian dalam kempen-kempen menderma darah.

    Pusat Pendermaan Darah di Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan akan mengadakan kempen tersebut yang dibukakan penyertaannya kepada orang ramai pada 9 Mei di Dewan Serbaguna, Balai Bomba dan Penyelamat, Jalan Landasan Lama, Berakas, sempena Sambutan Ulang Tahun Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) ke-64 bermula 9 pagi hingga 11 pagi dan 1 petang hingga 3 petang.

    Di samping itu, orang ramai adalah dialu-alukan untuk datang terus ke Pusat Pendermaan Darah di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha pada waktu bekerja bermula 8 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:30 petang hingga 3:30 petang.

    Para penderma darah yang berminat digalakkan untuk membuat tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen berkenaan.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mayat pendaki Mongolia kedua yang hilang di Everest ditemui

    KATHMANDU, 19 MEI - Pasukan penyelamat menemui mayat pendaki Mongolia kedua yang hilang di Gunung Everest, menurut penganjur ekspedisi, hari ini, sekali gus mengesahkan...