Sunday, May 19, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Polis Thailand tangkap warga AS larikan diri elak hukuman penjara

    BANGKOK, 7 MEI – Polis Thailand telah menahan seorang warga Amerika yang melarikan diri daripada hukuman penjara 25 tahun di Amerika Syarikat (AS) atas kesalahan culik, pemerdagangan seks dan jenayah-jenayah lain, kata pegawai-pegawai hari ini.

    Selva Delano Mudaliar telah dijatuhi hukuman penjara sekurang-kurangnya 25 tahun oleh mahkamah di negeri Oregon, AS pada Mac lalu, menurut kenyataan polis Thailand, atas 11 pertuduhan yang turut termasuk mencekik dan paksaan.

    Menurut polis, lelaki berusia 37 tahun itu melarikan diri ke Thailand semasa dalam parol dan tinggal di negara itu selama lebih tiga bulan dan sering menukar hotel.

    Dia ditahan pada Jumaat lalu di sebuah kondominium di Bangkok selepas Biro Penyiasatan Persekutuan AS meminta bantuan pihak berkuasa Thailand dan kini berdepan ekstradisi.

    “Dipercayai bahawa Selva tahu dia dikehendaki oleh polis,” kata Korkiat Wutthijamnong, pegawai kanan unit Pencegahan dan Penindasan Pemerdagangan Manusia Polis Diraja Thai, kepada pemberita pada sidang akhbar.

    Tambahnya, polis Thailand bimbang Mudaliar akan melakukan keganasan seksual yang sama di Thailand.

    Michael Chai, atase di kedutaan AS di Bangkok, mengucapkan terima kasih kepada polis Thailand. – AFP

    Gambar oleh Biro Siasatan Pusat Polis Diraja Thailand menunjukkan Selva Delano Mudaliar selepas ditangkap oleh polis Thailand di sebuah bangunan kondominium di Bangkok. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...