Monday, May 20, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    EU terima pakai pelan $6 bilion euro untuk Balkan Barat

    BRUSSELS, 7 MEI – Negara-negara EU meluluskan rancangan bernilai $6 bilion euro untuk menyokong negeri-negeri di Balkan Barat hari ini bertujuan untuk mempercepatkan pembaharuan dan pertumbuhan ekonomi di rantau itu, ketika mereka mencari keahlian blok itu pada masa depan.

    Majlis Kesatuan Eropah berkata pelan itu yang meliputi tempoh dari 2024 hingga 2027, dijangka menyediakan sehingga $2 bilion euro dalam bentuk geran dan $4 bilion euro dalam bentuk pinjaman. Bantuan adalah bergantung kepada pembaharuan yang akan membawa ekonomi Balkan Barat seiring dengan peraturan EU.

    “Kemudahan itu akan menyokong pelbagai pembaharuan sosio-ekonomi dan asas, termasuk pembaharuan yang berkaitan dengan kedaulatan undang-undang dan hak asasi,” kata Majlis itu.

    Enam negara di rantau itu adalah Albania, Bosnia, Kosovo, Montenegro, Macedonia Utara dan Serbia yang berada pada peringkat berbeza dalam permohonan mereka untuk menjadi ahli, tetapi penduduk berasa kecewa dengan proses yang perlahan. Croatia merupakan negara terakhir yang diterima oleh EU pada 2013.

    Enam negara itu berjanji untuk menyesuai-kan peraturan cukai dan mewujudkan lintasan sempadan bersama seperti negara anggota EU. Mereka juga menetapkan sasaran untuk melancarkan hab penyelidikan dan pembangunan untuk industri dan memasang Wi-Fi percuma di tempat awam. – AP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Helikopter presiden Iran ‘kemalangan’

    TEHRAN, 19 MEI - Sebuah helikopter yang membawa konvoi Presiden Iran, Ebrahim Raisi terlibat dalam ‘kemalangan’ hari ini, lapor media negara itu, tanpa menyatakan...