Sunday, May 19, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Wanita mengaku tidak bersalah susulan 3 individu mati keracunan cendawan

    MELBOURNE, 7 MEI – Seorang wanita Australia yang dituduh membunuh mertuanya dengan daging lembu Wellington bercampur cendawan beracun, mengaku tidak bersalah atas tuduhan membunuh, hari ini, kata pegawai mahkamah.

    Erin Patterson menghadapi tiga pertuduhan membunuh kerana didakwa menyediakan hidangan beracun pada Julai 2023 yang membunuh ibu bapa mertuanya, serta isteri seorang paderi tempatan.

    Wanita berusia 49 tahun itu, yang juga dituduh cuba membunuh suaminya yang berpisah sebanyak empat kali, menunjukkan kepada mahkamah Melbourne bahawa dia akan melawan tuduhan itu.

    Pegawai-pegawai mahkamah berkata kes itu, yang telah menjadi tajuk utama di seluruh dunia, kini bersedia untuk dibicarakan di Mahkamah Agung Victoria.

    Patterson didakwa menghidangkan daging lembu Wellington kepada ibu bapa mentuanya, Don dan Gail Patterson, kedua-duanya berusia 70 tahun, serta paderi Baptist tempatan, Ian Wilkinson, 69 dan isterinya Heather Wilkinson, 66.

    Polis sebelum itu mencadangkan hidangan yang dihidangkannya termasuk cendawan beracun.

    Tiga daripada tetamu makan tengah hari itu iaitu Don dan Gail Patterson dan
    Heather Wilkinson, meninggal dunia dalam beberapa hari selepas makan hidangan itu.

    Ian Wilkinson pulih selepas hampir dua bulan dirawat di hospital.

    Detektif berkata, Simon Patterson juga ‘mengalami sakit selepas makan hidangan’ yang disajikan oleh isterinya itu pada empat kejadian berasingan pada 2021 dan 2022, dan telah mendakwa Erin Patterson dengan cubaan membunuh. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Helikopter presiden Iran ‘kemalangan’

    TEHRAN, 19 MEI - Sebuah helikopter yang membawa konvoi Presiden Iran, Ebrahim Raisi terlibat dalam ‘kemalangan’ hari ini, lapor media negara itu, tanpa menyatakan...