Monday, May 20, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Malaysia-Arab Saudi tingkat perdagangan, pelaburan

    KUALA LUMPUR, 7 MEI – Malaysia dan Arab Saudi bersetuju untuk mengukuhkan hubungan dan kerjasama antara kedua-dua negara dalam meningkatkan perdagangan dua hala serta mengembangkan peluang pelaburan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Anwar berkata, persetujuan itu dicapai susulan kunjungan hormat daripada Menteri Perdagangan dan Pengerusi Pusat Daya Saing Negara Arab Saudi, Dr Majid Al-Kassabi serta delegasi di Putrajaya, semalam, dengan kedua-dua negara turut bersetuju meningkatkan kerjasama dalam sektor baharu seperti perkhidmatan, teknologi dan inovasi.

    “Arab Saudi adalah rakan dagangan Malaysia yang paling penting di Asia Barat.

    “Lawatan itu tepat pada masanya dalam mengekalkan momentum hubungan dua hala yang kukuh dan unik melalui kerjasama pragmatik dalam semua bidang, terutamanya dalam perdagangan dan pelaburan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.

    Turut hadir pada pertemuan itu ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. – Bernama

    Anwar Ibrahim semasa berucap pada Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama 2024, kelmarin. Malaysia, Arab Saudi tambah baik hubungan dalam persetujuan yang dicapai semasa kunjungan hormat dari Arab Saudi di Putrajaya pada 6 Mei 2024.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Helikopter presiden Iran ‘kemalangan’

    TEHRAN, 19 MEI - Sebuah helikopter yang membawa konvoi Presiden Iran, Ebrahim Raisi terlibat dalam ‘kemalangan’ hari ini, lapor media negara itu, tanpa menyatakan...