Monday, May 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Kementerian pertahanan UK jadi sasaran serangan siber

    LONDON, 7 MEI – Kementerian pertahanan Britain (UK) telah menjadi sasaran serangan siber berskala besar, seorang menteri kerajaan mengesahkan kelmarin.

    Menteri Pekerjaan dan Pencen, Mel Stride berkata serangan itu adalah pada sistem yang dikendalikan oleh firma luar tetapi masih merupakan ‘perkara yang sangat penting’.

    Tobias Ellwood, bekas menteri dalam kerajaan Konservatif, berkata bahawa serangan itu menyasarkan sistem gaji pihak ketiga yang digunakan oleh Kementerian

    Pertahanan dan mempunyai semua ciri serangan siber China.

    “Menyasarkan nama sistem senarai gaji dan butiran bank kakitangan perkhidmatan, ini menunjukkan serangan daripada China kerana ia boleh menjadi sebahagian daripada rancangan, strategi untuk melihat siapa yang mungkin dipaksa”, bekas tentera dan juga bekas pengerusi sebuah jawatankuasa pertahanan parlimen itu, memberitahu BBC Radio.

    Gambar Freepik

    Pencerobohan data itu dipercayai termasuk nama-nama, butiran bank dan sebahagiannya alamat peribadi anggota tentera yang masih berkhidmat dan telah berhenti.

    Stride memberitahu Sky News bahawa Kementerian Pertahanan bertindak ‘sangat pantas’ untuk menutup pangkalan data itu.

    Tetapi, katanya, kerajaan pada masa ini tidak menuding jari kepada Beijing.

    “Itu adalah satu andaian, kami tidak mengatakan dengan tepat pada masa ini,” tambahnya.

    Setiausaha Pertahanan, Grant Shapps akan memberikan butiran lanjut kepada parlimen kemudian. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mayat pendaki Mongolia kedua yang hilang di Everest ditemui

    KATHMANDU, 19 MEI - Pasukan penyelamat menemui mayat pendaki Mongolia kedua yang hilang di Gunung Everest, menurut penganjur ekspedisi, hari ini, sekali gus mengesahkan...