Monday, May 20, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Kementerian Pertahanan semarak hari lebaran

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 MEI – Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Kementerian Pertahanan bagi tahun ini, yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, baru-baru ini, telah menyaksikan kehadiran lebih daripada 2,000 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan.

    Antara yang hadir termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof; Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan; Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan, Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, pemerintah-pemerintah angkatan tentera dan pemangku pemerintah angkatan bersama dan peringkat kepimpinan Kementerian Pertahanan.

    Kemeriahan sambutan turut dikongsikan dengan mengalu-alukan kehadiran para jemputan luar terdiri daripada penasihat dan atase pertahanan dari luar negara yang menetap di Negara Brunei Darussalam dan Pegawai Memerintah Kompeni Bantu Batalion Pertama Royal Gurkha Rifles (Support Company 1RGR).

    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bergambar ramai dengan antara tetamu yang hadir ke majlis berkenaan di ICC, Berakas, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PERTAHANAN
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Helikopter presiden Iran ‘kemalangan’

    TEHRAN, 19 MEI - Sebuah helikopter yang membawa konvoi Presiden Iran, Ebrahim Raisi terlibat dalam ‘kemalangan’ hari ini, lapor media negara itu, tanpa menyatakan...