Monday, May 6, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Banjir di Pakistan, PM Fiji salahkan negara pencemar karbon paling tinggi

    NEW DELHI, 31 OGOS – Perdana Menteri Fiji Frank Bainimarama menyalahkan negara perindustrian yang membebaskan paling banyak karbon di dunia sebagai punca kepada bencana banjir yang melanda Pakistan.

    “Biar jelas: rakyat Pakistan tidak akan lakukan perkara itu kepada Pakistan – kita semua adalah puncanya, dan negara pengeluar karbon terbanyak adalah yang paling bertanggungjawab.

    “Hanya jika kita menamatkan penggunaan bahan api fosil, setiap negara di dunia akan kekal dalam garis silang kemusnahan iklim,” ciap Bainimarama di Twitter kelmarin sambil menekankan mengenai bahaya pelepasan gas rumah hijau global.

    Seperti Fiji, Pakistan adalah antara penyumbang terendah kepada pelepasan karbon global, namun negara itu masih sangat terdedah kepada perubahan iklim.

    Pakistan mempunyai kira-kira 7,500 sungai glasier dan peningkatan suhu global menyebabkannya mencair dengan cepat.

    “Perubahan iklim menyebabkan glasier kita mencair lebih pantas dan sungai kita menjadi kering.

    “Jika kita tidak menyelamatkan sungai kita, negara ini akan mengalami kemarau menjelang 2025,” kata Menteri Perubahan Iklim, Sherry Rehman dalam satu dokumentari pada Jun lalu. – Bernama

    Kediaman ditenggelami oleh banjir di bandar Sohbat Pur, Pakistan. Frank Bainimarama menyalahkan negara perindustrian yang membebaskan paling banyak karbon di dunia sebagai punca kepada bencana banjir yang melanda Pakistan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pemberontak Kashmir disyaki bunuh koperal tentera udara India

    SRINAGAR, 5 MEI - Seorang anggota tentera udara India terbunuh dan empat lagi cedera apabila pemberontak disyaki menyerang hendap konvoi tentera di Kashmir yang...