Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    10 maut termasuk 7 murid nahas treler di Bekasi

    JAKARTA, 31 OGOS – Seramai 10 orang maut termasuk tujuh murid dalam satu nahas jalan raya melibatkan sebuah treler, trak pikap dan dua motosikal, berhampiran kawasan sekolah di Bekasi, Jawa Barat hari ini.

    Ketua Pesuruhjaya Trafik Polis Metro Jaya, Latief Usman berkata kejadian pada 11 pagi waktu tempatan itu dipercayai berpunca daripada treler berkenaan yang mengalami masalah brek sebelum merempuh perhentian bas.

    Rempuhan itu turut menyebabkan tiang telekomunikasi tumbang dan menghempap trak pikap. Latief berharap jumlah mangsa yang maut tidak bertambah, menurut laporan media.

    Treler tersebut turut merempuh ibu bapa dan murid Sekolah Rendah Kota Bekasi yang baru menamatkan sesi persekolahan.

    Beliau berkata polis akan meneruskan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar nahas.– Bernama

    Pegawai polis memindahkan serpihan kemalangan di Bekasi, Indonesia pada 31 Ogos. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...