Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Barcelona teruskan perjuangan di Liga Europa

    PARIS, 18 MAC – Pierre-Emerick Aubameyang menjaringkan gol kemenangan buat Barcelona untuk bangkit menewaskan Galatasaray 2-1, awal pagi tadi untuk menempah tempat di pusingan suku akhir Liga Europa, sementara Andriy Yarmolenko menjaringkan gol pada masa tambahan untuk membantu West Ham menundukkan Sevilla.

    Selepas pertemuan tanpa jaringan dalam pusingan pertama di Camp Nou minggu lalu, pasukan kendalian Xavi Hernandez ketinggalan secara agregat dalam kelompok 16 terakhir apabila tandukan Marcao meletakkan Galatasaray di hadapan pada minit ke-28 di Istanbul.

    Namun pemain tengah berusia 19 tahun, Pedri, menyamakan kedudukan buat pasukan pelawat sebelum separuh masa.

    Gergasi Catalan itu, yang bermain dalam kejohanan tier kedua Eropah buat kali pertama sejak 2004 selepas tersingkir dari peringkat kumpulan Liga Juara-Juara, mendahului perlawanan buat kali pertama kurang lima minit setelah babak kedua bersambung.

    Aubameyang, pembelian Barcelona pada Januai selepas kontrak pemain itu bersama Arsenal ditamatkan, membuat jaringan mudah selepas menerima hantaran daripada Frenkie de Jong untuk mencatat gol ketujuh untuk pasukan.

    Barcelona kini mengalihkan tumpuannya pada perlawanan hujung minggu El Clasico bertemu Real Madrid di Santiago Bernabeu.

    “Kami bermain dengan personaliti besar,” kata Xavi. “Ia adalah persembahan yang hebat untuk berjuang di laman lawan menentang pasukan yang sangat bagus.

    “Mereka tahu bagaimana untuk menewaskan kami tetapi kami kekal bermain dengan sabar. Saya sangat gembira dengan pemain-pemain saya.”

    Anak buah Xavi ketika ini berada di tangga ketiga di La Liga, 15 mata mengejar pendahulu, Real, ketika mereka cuba memburu kelayakan Liga Juara-Juara musim hadapan.- AFP

    Aksi pemain Barcelona, Pedri menjaringkan gol semasa bertemu Galatasaray di kelompok 16 terakhir pusingan kedua Liga Europa di Istanbul, kelmarin.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...