Tuesday, May 7, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Benfica musnah harapan Dynamo bermain di UCL

    PARIS, 24 OGOS – Benfica berjaya mara ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara selepas menewaskan Dynamo Kyiv 3-0 dalam pusingan kedua perlawanan playoff hasil bantuan gol dan jaringan daripada David Neres, kelmarin.

    Juara Eropah dua kali dari Portugal akan dimasukkan dalam undian pada Khamis sementara Dynamo Kyiv akan beraksi di Liga Europa.

    “Dari mula kami ingin menunjukkan bahawa kami ingin menang dan kami berjaya mempamerkannya. Kami gembira kini berjaya ke Liga Juara-Juara,” kata jurulatih Benfica, Roger Schmidt.

    “Kita akan tunggu untuk undian di buat dan lihat apa yang akan berlaku. Ia tidak mudah. Saya gembira kerana kami memang layak,” tambahnya.

    Liga domestik utama, yang digantungkan sejak pencerobohan Rusia pada Februari dan semasa peperangan yang berlarutan, kembali diteruskan di Ukraine awal kelmarin. Pemain Dynamo, yang memulakan kempen liga mereka pada Ahad, turun ke padang di Estadio da Luz dengan membawa bendera Ukraine dengan kata-kata semangat untuk rakan-rakan mereka di Ukraine.

    Dynamo sudah ketinggalan 2-0 pada pusingan pertama dan mereka sentiasa berada di belakang menentang pasukan yang berentap di suku akhir Liga Europa musim lalu. Bekas pemain pertahanan Manchester City, Nicolas Otamendi meletakkan Benfica di hadapan pada minit ke-27 menerusi tandukan selepas menerima hantaran lintang daripada Neres. – AFP

    Aksi Rafa Silva cuba membuat rembatan semasa pertemuan menentang Dynamo Kyiv, 23 Ogos. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...