Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Volkswagen, Mercedes meterai perjanjian bateri EV dengan Kanada

    OTTAWA, 24 OGOS – Kanada telah menandatangani perjanjian tentatif kelmarin bersama Volkswagen dan Mercedes-Benz yang akan menyaksikan kedua-dua pembekal kereta Eropah itu memanfaatkan rantaian bekalan Amerika Utara yang semakin berkembang ketika syarikat itu berusaha untuk bersaing dengan Tesla dalam pasaran kenderaan elektrik.

    Memorandum persefahaman itu ditandatangani bersama semasa lawatan Canselor Jerman, Olaf Scholz ke Kanada yang sedang berusaha untuk mengukuhkan akses kepada bekalan tenaga baharu untuk Jerman dalam pada masa yang sama mengeratkan hubungan perdagangan dua hala. Perjanjian itu “akan membantu kami memenuhi permintaan yang semakin meningkat, di Kanada dan di seluruh dunia, untuk kenderaan elektrik,” Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau dalam satu kenyataan.

    Scholz mengulas dalam satu kenyataan bahawa kerjasama bersama Kanada terutamanya dalam mendapatkan input bateri kritikal seperti litium, nikel dan kobalt mungkin menggalakkan syarikat lain untuk mengikuti jejak Jerman ke arah tenaga hijau.

    Mercedes-Benz sementara itu berkata ia menjangkakan kerjasama dengan syarikat Kanada mendapatkan rangkaian bekalan kenderaan elektrik dan bateri, termasuk Rock Tech Lithium untuk membekalkan sehingga 10,000 tan litium hidroksida setiap tahun bermula pada 2026.

    Perjanjian Volkswagen secara khusus memberi tumpuan kepada pengeluaran bahan pendahulu bateri. Syarikat bateri Volkswagen yang baru ditubuhkan PowerCo juga akan membuka pejabatnya di Kanada.

    “Bekerja berganding bahu dengan kerajaan di seluruh dunia adalah prasyarat mutlak untuk mencapai matlamat iklim kita,” kata ketua eksekutif Volkswagen, Herbert Diess dalam satu kenyataan. – AFP

    Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau dan Canselor Jerman, Olaf Scholz semasa majlis menandatangani perjanjian pada 23 Ogos di Stephenville, Kanada. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...