Friday, May 3, 2024
28.3 C
Brunei

    -

    Berang ditegur tidak bekerja punca lelaki bunuh abang, kakak ipar

    IPOH, 8 JULAI – Berang ditegur kerana tidak bekerja dipercayai motif pembunuhan pasangan suami isteri yang ditemukan maut dengan berlumuran darah di ruang tamu rumah mereka di Taman Bercham Aman di sini, pagi semalam. 

    Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata siasatan mendapati berlaku pertengkaran antara mangsa wanita dengan suspek berusia 61 tahun yang merupakan adik iparnya itu selepas ditegur kerana tidak bekerja.

    “Suspek lelaki jenis panas baran itu kemudiannya dikatakan merosakkan komputer di rumah dan naik marah. Terdapat dendam lama sebelumnya yang masih dalam siasatan namun mangsa tidak pernah membuat laporan polis sebelum ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

    Beliau berkata ketika kejadian, suspek turut menyerang suami kepada mangsa yang juga abangnya dan pemeriksaan lanjut mendapati tiada rekod sakit mental dilaporkan pada suspek setakat ini. – Bernama

    Seorang lelaki yang disyaki membunuh abang dan kakak iparnya di sebuah rumah di Taman Bercham Aman, Ipoh, pagi Rabu direman seminggu untuk membantu siasatan kes itu. Lelaki berusia 61 tahun itu tiba di Mahkamah Majistret di Ipoh dengan diiringi polis kira-kira 9 pagi. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi perisik Seoul beri amaran kepada Korea Utara

    SEOUL, 3 MEI - Agensi perisik Korea Selatan berkata hari ini bahawa Pyongyang sedang merancang serangan pengganas yang menyasarkan pegawai dan rakyat Seoul di...