Saturday, April 27, 2024
36 C
Brunei

    -

    Harga makanan dunia turun 2.3 peratus

    PARIS, 8 JULAI – Harga makanan dunia, termasuk gandum, merosot pada Jun untuk bulan ketiga berturut-turut meskipun masih mencecah tahap tinggi, kata Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) hari ini.

    Gangguan aliran eksport berpunca daripada serangan Rusia ke atas Ukraine pada 24 Februari dan sekatan antarabangsa ke atas Moscow telah mencetuskan kebimbangan mengenai krisis kelaparan global.

    Selepas mencatat kenaikan rekod pada Mac disebabkan perang, indeks harga makanan FAO – ukuran perubahan bulanan dalam harga antarabangsa komoditi makanan – merosot 2.3 peratus pada Jun. Rusia dan Ukraine, dengan rantau penanaman bijirin yang luas adalah antara sumber pengeluaran bijirin utama dunia, menyumbang sebahagian besar eksport dunia dalam beberapa komoditi utama, termasuk gandum, minyak sayuran dan jagung.

    Kebanyakan indeks harga telah merosot pada Jun, termasuk bijirin, minyak sayuran dan gula. Bijirin merosot 4.1 peratus pada keseluruhannya. Harga gandum menurun 5.7 peratus, kali pertama ia menurun sejak Mac.

    “Kemerosotan pada Jun adalah didorong oleh hasil penuaian bermusim baharu di utara hemisfera, keadaan tanaman yang meningkat di beberapa negara pengeluar utama serta prospek pengeluaran yang lebih tinggi dalam Persekutuan Rusia, jelas agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

    “Walaupun Indeks Harga Makanan FAO menurun pada Jun untuk bulan ketiga berturut-turut, ia masih mencecah tahap tinggi pada Mac tahun ini,” kata ketua ahli ekonomi FAO Maximo Torero Cullen. – AFP

    Petani menuai gandum di selatan rantau Rostov, Rusia, kira-kira 1.5 kilometer dari sempadan Republik Rakyat Donetsk di timur Ukraine pada 7 Julai 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...