Sunday, May 19, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Misi Boeing Starliner ditangguh sejurus sebelum berlepas

    CAPE CANAVERAL, 7 MEI – Penerbangan krew pertama kapal angkasa Boeing, Starliner terpaksa dibatalkan hanya dua jam sebelum pelancaran selepas isu keselamatan baharu dikenal pasti, kata pegawai-pegawai kelmarin, menangguhkan misi ujian berrisiko tinggi ke Stesen Angkasa Antarabangsa itu.

    Angkasawan Butch Wilmore dan Suni Williams sudah bersiap sedia di tempat duduk untuk berlepas apabila panggilan ‘batal’ diumumkan kerana jurutera menyedari bunyi berdengung datang dari injap pelega oksigen cecair pada roket Atlas V.

    Dalam sidang akhbar lewat malam, Tory Bruno, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif United Launch Alliance (ULA) yang membina roket itu, memberitahu pemberita bahawa getaran luar biasa itu adalah tanda bahagian injap mungkin haus sehingga mengalami kegagalan, tetapi menegaskan bahawa, “krew berkenaan tidak berada dalam bahaya.”

    Jurutera-jurutera kini akan bekerja sepanjang malam untuk menentukan tahap kemerosotan dan memutuskan sama ada untuk memasang semula bahagian yang sama pada pad pelancar, atau mengarahkan roket kembali ke bangunan pemasangannya untuk memasang injap baharu, tambahnya.

    ULA, syarikat usaha sama Boeing-Lockheed Martin, kemudian berkata bahawa percubaan pelancaran seterusnya akan diadakan paling awal pada Jumaat nanti.

    “Pasukan memerlukan masa tambahan untuk menyiapkan penilaian penuh, jadi kami menyasarkan percubaan pelancaran seterusnya tidak lebih awal daripada Jumaat, 10 Mei,” kata ULA di platform media sosial X. – AFP

    Butch Wilmore (kiri) dan Suni Williams di Stesen Angkatan Angkasa Cape Canaveral, Florida, Amerika Syarikat pada 6 Mei. Pelancaran Boeing Starliner ditangguhkan dan percubaan pelancaran disasarkan pada 10 Mei 2024. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Helikopter presiden Iran ‘kemalangan’

    TEHRAN, 19 MEI - Sebuah helikopter yang membawa konvoi Presiden Iran, Ebrahim Raisi terlibat dalam ‘kemalangan’ hari ini, lapor media negara itu, tanpa menyatakan...