Sunday, May 19, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Galak perpaduan pemimpin agama seluruh dunia

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 MEI – Untuk menggalakkan keamanan, keharmonian dan perpaduan dalam kepelbagaian dalam kalangan pemimpin agama di seluruh dunia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama Liga Dunia Islam Muslim menganjurkan Persidangan Antarabangsa Ketua-ketua Agama yang diadakan di Sunway Resort Hotel, Selangor, Malaysia, hari ini.

    Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) turut menghadiri persidangan berkenaan di mana rombongan diketuai oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

    Bertemakan Perpaduan dengan Kepelbagaian, persidangan berkenaan menghimpunkan dan melibatkan pemimpin-pemimpin dan wakil pelbagai agama dari kira-kira 50 buah negara.

    Turut menyertai rombongan Brunei ke persidangan berkenaan ialah Pengarah Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh dan Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Antarabangsa dan MABIMS, Haji Mohammad Albi bin Haji Ibrahim.

    Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin mengetuai rombongan Negara Brunei Darussalam dalam persidangan itu. – GAMBAR SERAHAN KHEU
    Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bersalaman bersama Perdana Menteri Malaysia, Tuan Yang Terutama Dato’ Seri Anwar Ibrahim. – GAMBAR SERAHAN KHEU

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Helikopter presiden Iran ‘kemalangan’

    TEHRAN, 19 MEI - Sebuah helikopter yang membawa konvoi Presiden Iran, Ebrahim Raisi terlibat dalam ‘kemalangan’ hari ini, lapor media negara itu, tanpa menyatakan...