Sunday, May 19, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Bolsonaro dipindahkan ke hospital Sao Paulo kerana jangkitan kulit

    RIO DE JANEIRO, 7 MEI – Bekas presiden Brazil, Jair Bolsonaro yang dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kulit bakteria semasa berkempen di negeri Amazonas pada hujung minggu telah dipindahkan ke Sao Paulo kelmarin, kata peguamnya.

    Fabio Wajngarten, yang juga bertindak sebagai jurucakap Bolsonaro, berkata di media sosial bahawa lelaki berusia 69 tahun itu dimasukkan ke hospital Vila Nova Star de Sao Paulo kerana erisipelas di kaki kiri dan sakit perut.

    “Dia akan menjalani ujian makmal dan imbasan. Dia sudah menerima antibiotik IV,” kata Wajngarten.

    Terdahulu, anak lelaki bekas presiden itu, Eduardo, seorang ahli parlimen, berkata di media sosial bahawa bapanya dalam keadaan baik dan bertindak balas dengan baik terhadap antibiotik. Dia berkata Bolsonaro akan dibawa ke ibu kota Brasilia.

    Wajngarten tidak memberikan penjelasan mengenai perubahan lokasi itu.

    Siaran di X memaparkan gambar bekas presiden sayap kanan yang memegang jawatan dari 2019 hingga 2022, berbaring dalam gaun hospital dengan sebahagian kain menutupinya. – AFP

    Gambar AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Helikopter presiden Iran ‘kemalangan’

    TEHRAN, 19 MEI - Sebuah helikopter yang membawa konvoi Presiden Iran, Ebrahim Raisi terlibat dalam ‘kemalangan’ hari ini, lapor media negara itu, tanpa menyatakan...