Sunday, May 19, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Amazon labur AS$9 bilion di Singapura

    SINGAPURA, 7 MEI – Amazon akan melabur AS$9 bilion di Singapura dalam tempoh empat tahun akan datang untuk mengembangkan keupayaan pengkomputeran awannya di bandar itu, menurut kenyataannya hari ini.

    Pengumuman itu dibuat selepas rakan gergasi teknologi, Microsoft melancarkan pelaburan berbilion dolar dalam sektor yang sama di Asia Tenggara pada minggu lepas setelah banyak syarikat ingin mengambil peluang daripada permintaan yang semakin meningkat di rantau ini.

    “AWS (Amazon Web Services) menggandakan pelaburan infrastruktur awannya di Singapura dari 2024 hingga 2028 untuk menyokong permintaan pelanggan, dan membantu mengukuhkan status Singapura sebagai landasan pelancaran inovasi serantau yang menarik,” kata Priscilla Chong, Pengurus Negara Singapura untuk AWS.

    Amazon berkata, pelaburannya akan menyokong kira-kira 12,000 pekerjaan dalam perniagaan Singapura setiap tahun akan.

    Ia juga bekerjasama dengan kerajaan Singapura untuk membantu perniagaan-perniagaan tempatan mempercepatkan penggunaan AI.

    Syarikat raksasa e-dagang itu berkata pada minggu lalu, keuntungan dalam tiga bulan pertama 2024 meningkat tiga kali ganda apabila perniagaan awan, iklan dan runcitnya berkembang pesat.

    Syarikat yang diasaskan oleh Jeff Bezos itu juga sedang menguji bot sembang AI bernama Rufus yang menyediakan tip membeli-belah kepada pelanggan aplikasi mudah alih di Amerika Syarikat.

    Sementara itu, ciri AI generatif untuk penjual pula membantu mereka membuat penyenaraian produk. – AFP

    Logo Amazon pada van penghantaran Amazon pada Oktober 2020 di Boston, Amerika Syarikat. Amazon melabur AS$9 bilion di Singapura menurut pengumumannya kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...