Sunday, May 19, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Lima pekerja maut terhidu gas beracun di Itali

    ROM, 7 MEI – Lima pekerja penyelenggaraan meninggal dunia di pulau Sicily, Itali kelmarin, kata datuk bandar tempatan kepada AFP, selepas dilaporkan terhidu gas beracun di loji rawatan kumbahan.

    Mangsa sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di kilang itu apabila sebahagian daripada mereka mula berasa sakit, menurut laporan media tempatan.

    “Lima pekerja telah meninggal dunia dan yang keenam telah diintubasi dan dibawa ke hospital,” kata Giovanni di Giacinto, datuk bandar Casteldaccia, berhampiran Palermo, ibu kota budaya dan ekonomi Sicily.

    Perkhidmatan bomba Itali berkata di X, bahawa mereka mengeluarkan enam pekerja daripada loji itu, tetapi hanya dapat menyelamatkan seorang daripada mereka.

    Di Giacinto berkata pekerja itu dipercayai telah terhidu hidrogen sulfida, gas semulajadi yang sering dikaitkan dengan kerja buangan, yang beracun pada kepekatan tinggi.

    Tahap yang tinggi boleh menyebabkan masalah pernafasan, sawan, koma dan kematian.

    Kemalangan maut di tempat kerja kerap menjadi tajuk utama akhbar Itali, setiap kali mencetuskan perdebatan mengenai pencegahan risiko. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...