Thursday, May 2, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Berkenan terima mengadap bakal jemaah haji negara

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MEI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap dan junjung ziarah daripada 1,035 orang bakal jemaah Negara Brunei Darussalam bagi Musim Haji Tahun 1444H/2023M, terdiri daripada 485 orang lelaki dan 550 orang perempuan.

    Jumlah tersebut adalah termasuk pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam (Pentadbiran dan Perubatan) dan pegawai pengiring syarikat-syarikat pengendali perkhidmatan pakej haji.

    Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.

    Sebelum Majlis Mengadap dan Junjung Ziarah di Istana Nurul Iman, bakal jemaah haji negara telah menunaikan Sembahyang Fardu Zohor berjemaah dan menikmati jamuan tengah hari.

    Pada majlis itu, bakal jemaah haji negara telah menerima kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia berupa pakaian ihram bagi jemaah haji lelaki dan telekung bagi jemaah haji perempuan.

    Bagi musim haji tahun ini terdapat lima buah syarikat pengendali perkhidmatan pakej haji iaitu Darussalam Services Sdn Bhd, Straits Central Agencies (B) Sdn Bhd, Al-Hijrah Travel & Tours Sdn Bhd, At-Taqwa Travel Tours Sdn Bhd dan Titian Travel & Tours Sdn Bhd.

    Penerbangan bakal jemaah haji negara akan bermula pada 4 Jun pukul 9:10 pagi.

    Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota bagi majlis menerima mengadap dan junjung ziarah daripada bakal jemaah haji negara di Istana Nurul Iman, kelmarin.
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan menerima mengadap dan junjung ziarah daripada bakal jemaah haji Negara Brunei Darussalam bagi Musim Haji Tahun 1444H/2023M di Istana Nurul Iman. Berangkat sama ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.
    ATAS & BAWAH: KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan menerima mengadap dan junjung ziarah bakal jemaah haji negara di Istana Nurul Iman, kelmarin.

    Baginda Sultan dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berkenan menerima mengadap salah seorang pegawai pengiring.
    ATAS & BAWAH: Bakal jemaah haji negara turut dikurniakan sepasang pakaian ihram bagi lelaki dan sepasang telekung bagi wanita berserta cenderahati.

    Gambar ramai antara bakal jemaah haji perempuan Negara Brunei Darussalam bagi Musim Haji Tahun 1444H/2023M selepas majlis mengadap dan junjung ziarah berkenaan.
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh catat suhu paling panas bulan April

    DHAKA, 1 MEI - Biro cuaca Bangladesh berkata hari ini bahawa bulan lalu merupakan bulan paling panas dalam rekod, dengan negara Asia Selatan dan...