Tuesday, May 21, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    2 syarikat dikompaun buang sampah di tempat awam

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MEI – Dua buah syarikat telah dikenakan kompaun oleh Unit Penguatkuasaan, Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Tutong kerana didapati melakukan kesalahan Akta Kesalahan-Kesalahan Rampaian 2021, Penggal 30 membuang sampah di merata tempat di kawasan tapak projek di tempat awam.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Daerah Tutong, di sini, menyatakan bahawa dua buah syarikat berkenaan telah dikenakan denda kompaun sebanyak $1,000.00 di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Rampaian 2021 dan dikehendaki untuk menjelaskan kompaun dalam 7 hari. 

    Jika gagal membayar denda berkenaan dalam masa 7 hari daripada tarikh kompaun dikeluarkan maka syarikat itu boleh dihadapkan ke mahkamah. 

    Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang dari $2,000.00 dan tidak melebihi $10,000.00 dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang dari $10,000.00 dan tidak melebihi $30,000.00, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

    Unit Penguatkuasaan, Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Tutong mengingatkan orang ramai, pihak syarikat dan pemilik premis perniagaan supaya sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar, khususnya di kawasan premis-premis perniagaan dan juga kawasan awam dengan tidak membuang, melonggokkan, menumpahkan atau meninggalkan apa jua jenis sampah-sarap di tempat awam.

    Salah sebuah syarikat didapati melakukan kesalahan membuang sampah di merata tempat di kawasan tapak projek di tempat awam. – Gambar serahan Jabatan Daerah Tutong
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia dan New Zealand hantar pesawat, keluarkan warga dari New Caledonia

    SYDNEY, 21 MEI - Kerajaan Australia dan New Zealand mengumumkan pada hari ini bahawa mereka menghantar pesawat untuk memindahkan rakyat mereka dari New Caledonia...