Tuesday, May 21, 2024
25.1 C
Brunei

    -

    Negara Barat cadang beberapa sekatan ke atas Israel

    ANKARA, 30 APRIL – Beberapa buah negara Barat telah mencadangkan untuk menghentikan penjualan senjata dan menyekat perpindahan teknologi ke Israel dalam pakej langkah yang dibincangkan semasa mesyuarat dua hari di ibu negara Arab Saudi, Riyadh, Sputnik memetik laporan akhbar Turkiye Hurriyet Selasa lalu.

    Pertubuhan Kerjasama Islam, Liga Negara Arab dan beberapa buah negara Eropah membincangkan langkah-langkah yang boleh dikenakan terhadap Israel dan negara-negara yang menyokong negara Yahudi itu dalam konflik Gaza pada mesyuarat di Riyadh di luar Forum Ekonomi Sedunia, lapor akhbar itu.

    Perbincangan itu bertujuan untuk melibatkan sebanyak mungkin negara dalam pakej ‘elemen tekanan’ yang mengandungi cadangan mengenai sekatan ruang udara, antara lain, menurut laporan berkenaan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia dan New Zealand hantar pesawat, keluarkan warga dari New Caledonia

    SYDNEY, 21 MEI - Kerajaan Australia dan New Zealand mengumumkan pada hari ini bahawa mereka menghantar pesawat untuk memindahkan rakyat mereka dari New Caledonia...