Tuesday, May 21, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Jerayawara Kenali ASEAN di SM PJNPHAB

    Oleh Syahmi Hassan –

    BELAIT, 30 APRIL – Seramai 217 orang pelajar Tahun 7 dan 8 Sekolah Menengah Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar (SM PJNPHAB), Kuala Belait telah menghadiri Jerayawara Kenali ASEAN yang berlangsung di dewan sekolah tersebut.

    Jerayawara diadakan oleh Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri, melalui Meja Hal Ehwal Antarabangsa, Unit Perhubungan Korporat selaku Sekretariat bagi Jawatankuasa Kecil Penerangan (SCI) ASEAN-COCI dengan hasrat untuk membarigakan serta memberikan pendedahan meluas mengenai maklumat asas berkaitan ASEAN kepada pelajar-pelajar sekolah menengah di negara ini.

    Program itu merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyuntik semangat patriotisme dan sifat perpaduan (ASEAN-ness) dalam kalangan pelajar-pelajar untuk menghayati fungsi dan tujuan ASEAN ditubuhkan.

    Pada masa yang sama, ia juga dapat mengukuhkan hubungan antara Jabatan Penerangan dengan masyarakat khususnya para pelajar yang bakal mewarisi kesinam-bungan bangsa dan seterusnya memainkan peranan penting dalam memangkin hala tuju negara satu masa nanti.

    Taklimat Kenali ASEAN telah disampaikan oleh Ketua Meja Hal Ehwal Antarabangsa, Unit Perhubungan Korporat, Jabatan Penerangan, Awang Eddy Iswandy bin Haji Ismail yang antara lain menanamkan kesedaran dalam kalangan para pelajar sekolah sebagai sebahagian daripada masyarakat ASEAN, selaras dengan moto ASEAN iaitu Satu Visi, Satu Identiti, Satu Komuniti.

    Para pelajar juga berkesempatan untuk mengikuti sesi Kuiz Kenali ASEAN.

    Turut hadir ialah Pengetua SM PJNPHAB, Claxairi anak Lasit; Timbalan Pengetua Pentadbiran, Hajah Jumimah binti Haji Jumat; dan Timbalan Pengetua Akademik, Tan Wee Ying serta para tenaga pengajar sekolah berkenaan.

    Taklimat Kenali ASEAN telah disampaikan oleh Awang Eddy Iswandy. – GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN
    Jerayawara itu turut diserikan dengan Kuiz Kenali ASEAN. – GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN
    GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia dan New Zealand hantar pesawat, keluarkan warga dari New Caledonia

    SYDNEY, 21 MEI - Kerajaan Australia dan New Zealand mengumumkan pada hari ini bahawa mereka menghantar pesawat untuk memindahkan rakyat mereka dari New Caledonia...