Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Berlian merah jambu 170 karat ditemui

    SYDNEY, 27 JULAI – Pelombong di Angola menemui sebutir berlian merah jambu yang dipercayai terbesar pernah ditemui dalam tempoh 300 tahun, menurut pemilik lombong yang berpangkalan di Australia.

    Berlian yang jarang ditemui berukuran 170 karat itu, digelar sebagai The Lulo Rose, dijumpai di lombong Lulo di wilayah timur laut yang kaya dengan berlian di Angolo dan menjadi antara berlian merah jambu terbesar pernah ditemui, menurut kenyataan daripada Syarikat Lucapa Diamond.

    Penemuan ‘bersejarah’ berlian Jenis Ila, adalah salah satu batu semula jadi yang paling jarang ditemui dalam bentuk paling sempurna, yang turut diraikan oleh kerajaan Angolo selaku rakan kongsi dalam lombong berkenaan.

    “Penemuan yang memecah rekod dan luar biasa dari lombong Lulo secara berterusan mengukuhkan kedudukan Angola sebagai pemain penting dalam pasaran batu permata global,” kata Menteri Sumber Mineral Angola, Diamantino Azevedo.

    Berlian tersebut akan dijual menerusi tender antarabangsa, yang dijangka mencatat harga yang sangat tinggi.

    Meskipun The Lulo Rose perlu dipotong dan digilap bagi mencapai potensi sebenar, suatu proses di mana ia mungkin kehilangan 50 peratus berat asal, berlian merah jambu seumpamanya sebelum ini mencatat harga memecahkan rekod.

    Berlian Pink Star berukuran 59.6 karat dijual dalam lelongan di Hong Kong pada 2017 dengan harga AS$71.2 juta. Ia kekal menjadi berlian paling mahal pernah dijual. – AFP

    Gambar serahan Syarikat Licapa Diamond menunjukkan berlian merah jambu 170 karat yang ditemui di Lulo, Angola. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...