Monday, May 6, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Biden: Serangan Ukraine bawa akibat serius

    WASHINGTON, 13 FEB – Usaha untuk meredakan krisis di Ukraine menerusi diplomasi telefon gagal mengurangkan ketegangan semalam, dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengingatkan Rusia berdepan ‘akibat serius’ jika tenteranya melancarkan serangan.

    Pemimpin Rusia Vladimir Putin mengecam dakwaan Barat mengatakan Moscow merancang tindakan sedemikian sebagai ‘spekulasi provokatif’ yang mungkin membawa kepada konflik di negara bekas Soviet itu, menurut satu kenyataan Rusia tentang panggilan telefon dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron.

    Bercakap selepas rundingan telefon baharu di antara Putin dan Biden, penasihat dasar asing Kremlin, Yury Ushakov memberitahu bahawa ‘histeria telah mencecah tahap kemuncaknya.’

    Ketegangan berminggu-minggu yang telah melihat Rusia mengepung jirannya dengan lebih 100,000 tentera meningkat selepas Washington mengingatkan serangan mungkin bermula pada bila-bila masa dan Rusia melancarkan latihan tentera laut terbesar di Laut Hitam.

    “Jika Rusia melancarkan serangan lanjut ke atas Ukraine, AS bersama sekutu kami akan bertindak mengenakan kesan segera dan serius ke atas Rusia,” Biden beritahu Putin, menurut Rumah Putih.

    Sementara AS bersedia membabitkan diri dalam diplomasi, ‘kami juga bersedia untuk membabitkan diri dalam senario lain,’ kata Biden, ketika kedua-dua negara menyaksikan salah satu krisis paling teruk dalam hubungan Timur-Barat sejak Perang Dingin.

    Sementara rundingan Biden-Putin bersifat ‘profesional’, yang berlangsung kira-kira satu jam, mereka gagal membawa ‘perubahan’ dalam dinamik, beritahu pegawai kanan AS kepada wartawan. – AFP

    Gambar serahan Rumah Putin menunjukkan Presiden Joe Biden di Camp David pada 12 Februari 2022. Biden menggesa Presiden Vladimir Putin supaya mengeluarkan 100,000 tentera berhampiran sempadan Ukraine. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pemberontak Kashmir disyaki bunuh koperal tentera udara India

    SRINAGAR, 5 MEI - Seorang anggota tentera udara India terbunuh dan empat lagi cedera apabila pemberontak disyaki menyerang hendap konvoi tentera di Kashmir yang...