Sunday, May 19, 2024
33 C
Brunei

    -

    United gagal rebut peluang, dihantui keputusan seri

    LONDON, 13 FEB – Usaha Manchester United untuk memburu kedudukan empat teratas mengalami satu lagi halangan apabila Southampton bangkit untuk memperoleh keputusan seri 1-1, manakala Everton mencerahkan peluang untuk terus beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kemenangan penting 3-0 menentang Leeds, kelmarin.

    Pasukan Ralf Rangnick mendahului menerusi gol sulung Jadon Sancho di Old Trafford dalam saingan EPL. Tetapi, untuk tiga perlawanan berturut-turut, United gagal mempertahankan kedudukan dan menerima padah apabila Che Adams menyamakan kedudukan dua minit selepas separuh masa kedua bersambung.

    United mempunyai pungutan mata yang sama dengan West Ham di tempat keempat, tetapi Arsenal hanya ketinggalan satu mata dengan kelebihan dua perlawanan, manakala Tottenham ketinggalan empat mata.

    Cristiano Ronaldo dipanggil semula oleh Rangnick selepas digantikan semasa seri 1-1 di Burnley Selasa lalu.

    Tetapi kemarau gol Ronaldo berlanjutan kepada enam perlawanan ketika United mempamerkan satu lagi prestasi yang tidak menentu.

    Rangnick terpaksa berhadapan dengan lebih banyak kebocoran maklumat minggu ini apabila dikatakan pemain United tidak berpuas hati dengan teknik kejurulatihannya. – AFP

    Reaksi Cristiano Ronaldo setelah melepaskan peluang semasa dalam perlawanan antara Manchester United dan Southampton kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...