Wednesday, May 8, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Bottas: Red Bull patut dihukum berat

    AUSTIN, 21 OKT – Valtteri Bottas kelmarin berkata pasukan Red Bull sepatutnya dikenakan hukuman yang berat kerana telah melanggar had bajet yang ditetapkan tahun lalu.

    Dia berkata demikian sebelum perlumbaan Grand Prix Amerika Syarikat yang akan diadakan pada hujung minggu ini. Bekas pemandu Mercedes, yang kini bersama Alfa Romeo, berharap hukuman yang berat bakal dikenakan ke atas pasukan Red Bull.

    “Secara peribadi, saya berharap penalti tersebut sangat tegas dan berat kerana perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Peraturan tetap peraturan, ia tidak sepatutnya berbeza daripada sebarang penalti. Saya berharap ia adalah penalti yang menyakitkan mereka.”

    Bottas merupakan bekas rakan sepasukan kepada juara tujuh kali, Lewis Hamilton, yang dikalahkan pada pusingan terakhir semasa penghujung musim 2021 yang penuh kontroversi di Grand Prix Abu Dhabi yang dimenangi oleh pelumba Red Bull, Max Verstappen.

    “Pada masa itu, saya sedang bersaing dengan mereka dalam gelaran pengeluar. Ya, kami berjaya merebut gelaran tersebut, tapi tidak untuk gelaran pemandu, kami kalah tipis sedikit mata. Beberapa juta boleh berikan perbezaan yang besar.”

    Pemandu Ferrari, Carlos Sainz menyebelahi Bottas. Dia berkata, “Saya rasa setiap pasukan dan pemandu mahukan penjelasan dan keadilan. Kita semua tahu bertapa satu, dua, tiga mahupun empat juta boleh mempengaruhi pembangunan kereta dan kelajuannya. Sebab itulah, sebelum ini, tiga teratas membelanjakan $350 juta dan sekarang kita hanya boleh belanja sebanyak $145 juta sahaja.” – AFP

    Pemandu Alfa Romeo, Valtteri Botta dari Finland, berkata di dalam satu sidang media, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...