Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Olivia Wilde dituduh abai anak

    Nama pelakon Olivia Wilde tiba-tiba menjadi bualan ramai selepas beberapa siri pendedahan yang dibuat oleh bekas pengasuh anak-anak yang menceritakan kisah di sebalik perpisahan dia dengan tunangnya iaitu Jason Sudeikis.

    Menurut laporan yang diceritakan kepada Daily Mail, wanita yang enggan namanya didedahkan itu mendakwa Wilde mempunyai hubungan sulit dengan penyanyi Harry Styles sebelum dia berpisah dengan Sudeikis.

    Dalam masa sama, pelakon itu dikatakan turut mengabaikan dua orang anak bersama Sudeikis gara-gara sedang mabuk cinta dengan Styles.

    Menafikan dakwaan tersebut, Wilde memberitahu dia jarang dilihat bersama anak-anak kerana mahu melindungi mereka dari menjadi tumpuan umum.

    “Saya berkongsi hak penjagaan anak bersama bekas tunang. Orang membuat anggapan saya mengabaikan anak-anak disebabkan kami jarang dilihat bersama.

    “Sebenarnya saya tidak membenarkan gambar anak-anak dirakam. Saya cuba melindungi mereka,” katanya.

    Wilde dan Sudeikis mula hidup bersama pada tahun 2011 dan mengumumkan perpisahan pada November 2020. – Agensi

    Wilde didakwa mempunyai hubungan sulit dengan penyanyi Harry Styles sebelum dia berpisah dengan Sudeikis. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...