Wednesday, May 8, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Cameroon bangkit, rangkul tempat ketiga AFCON

    YAOUNDE, 6 FEB – Pasukan tuan rumah, Cameroon menduduki tempat ketiga di Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) kelmarin selepas bangkit daripada ketinggalan tiga gol menentang Burkina Faso untuk seri 3-3, kemudian menang 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti.

    Ambroise Oyongo menjaringkan penalti penentu di Yaounde ketika pasukan Indomitable Lions itu menebus kesilapan tiga sepakan penalti apabila tewas dalam penentuan separuh akhir menentang Mesir 48 jam lalu.

    Gol oleh Steeve Yago dan Djibril Ouattara dan gol sendiri dari Andre Onana memberikan Burkina Faso mendahului 3-0 ketika perlawanan berbaki 20 minit.

    Stephane Bahoken mengurangkan jurang dan kemudian pemain ganti, Vincent Aboubakar menjaringkan gol pada minit 85 dan 87 untuk mendapatkan penentuan sepakan penalti.

    Perlawanan akhir AFCON antara Senegal dan Mesir, dengan pemain bintang Liverpool, Sadio Mane dan Mohamed Salah di pihak bertentangan, akan diadakan hari ini di Yaounde.

    Jurulatih Cameroon, Toni Conceicao melakukan sembilan pertukaran kepada pasukan yang tewas menerusi sepakan penalti kepada Mesir selepas masa tambahan hanya dua hari lalu di Stade Olembe, stadium utama Yaounde.

    Jurulatih Portugal itu hanya mengekalkan penjaga gol, Andre Onana dan Samuel Oum Gouet, yang digantikan pada separuh masa oleh penjaring terbanyak kejohanan, Aboubakar.

    Pengurus Burkina Faso, Kamou Malo menukar lima pemain yang memulakan kekalahan 3-1 separuh akhir kepada Senegal yang diinspirasikan oleh Sadio Mane 24 jam sebelum Cameroon bermain. – AFP

    Reaksi pemain Cameroon meraikan setelah merangkul tempat ketiga dalam AFCON kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...