Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Lebih 500 karton rokok ditemui

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar serahan PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 FEB – Sebanyak 550 karton rokok pelbagai jenama telah ditemu dalam operasi sepadu yang dijalankan Unit Operasi Khas Polis Marin, Jabatan Gerakan, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) di kawasan persekitaran perairan zon Daerah Brunei dan Muara pada 4 Februari lalu.

    Menurut kenyataan PPDB, sebuah perahu (suspek) yang mencurigakan telah pun dikesan sedang melalui kawasan operasi dan berusaha untuk melarikan diri. 

    Berikutan pencarian segera yang dirancang, pihak JKED telah berhasil menemukan beberapa bungkusan kotak mencurigakan diletakkan di sekitar tebing Sungai Teritip, Kampung Mentiri. 

    Kesemua barang rampasan segera dibawa ke Pangkalan Polis Marin bagi tujuan pemeriksaan dan siasatan awal.

    Hasil pemeriksaan yang dijalankan terhadap bungkusan tersebut telah menemukan 550 karton rokok pelbagai jenama.

    Kesemua barangan rampasan serta penyiasatan kes diserahkan ke JKED bagi tindakan lanjut.

    Oleh yang demikian, PPDB berserta agensi penguatkuasaan undang-undang yang lain akan sentiasa meningkatkan kekerapan rondaan dan pemeriksaan rambang di kawasan perairan negara bagi memastikan tiada pelanggaran undang-undang berlaku serta percubaan-percubaan bagi menyeludup barang-barang tegahan.

    Di samping itu, PPDB juga mengingatkan masyarakat awam agar memainkan peranan sewajarnya selaku mata dan telinga pihak berkuasa dalam sama-sama membantu mengongsikan maklumat dalam pengesanan dan pembanterasan aktiviti-aktiviti yang berbaur negatif di kawasan kediaman dan persekitaran mereka.

    Barang tegahan yang dirampas semasa pemeriksaan adalah 550 karton rokok pelbagai jenama.
    Beberapa kotak dipercayai mengandungi barang tegahan ditemui semasa pemeriksaan di kawasan perairan zon Brunei Muara, sekitar tebing Sungai Teritip, Kampung Mentiri.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...