Wednesday, May 8, 2024
23 C
Brunei

    -

    Chelsea mara ke suku akhir UCL

    LILLE, PERANCIS, 17 MAC – Jurulatih Chelsea, Thomas Tuchel memuji pemainnya kerana kekal fokus di tengah-tengah ketidaktentuan mengenai masa depan kelab itu selepas berjaya mara ke suku akhir Liga Juara-Juara di mana beliau berkata, mereka akan menjadi ‘pasukan yang tiada sesiapapun mahu bermain.’

    Juara bertahan itu bangkit daripada ketinggalan menewaskan Lille 2-1 di utara Perancis dan menang dalam pertarungan 16 terbaik dengan agregat 4-1, menyaksikan Christian Pulisic dan kapten Cesar Azpilicueta meledakkan gol.

    Kemenangan itu hadir pada hari yang sama keluarga Ricketts, pemilik pasukan Liga Utama Besbol, Chicago Cubs, mengetuai konsortium untuk membeli kelab itu manakala atlet olahraga terkemuka, Sebastian Coe mengumumkan pembabitannya untuk mengambil alih bidaan.

    Kerajaan UK mengumumkan sekatan ke atas pemilik yang juga seorang jutawan Rusia, Roman Abramovich dan sekatan EU itu juga bermakna Chelsea tidak boleh menjual tiket untuk perlawanan seterusnya Liga Juara-Juara di tempat sendiri.

    Jika perkara itu disahkan, bermakna Chelsea akan bermain tanpa kehadiran penonton di Stamford Bridge.

    Dari kiri: Thomas Tuchel, Cesar Azpilicueta dan Thiago Silva meraikan kemenangan pusingan 16 Liga Juara-Juara di antara Lille dan Chelsea di Stadium Pierre Mauroy di Villeneuve-d’Ascq, utara Perancis pada 16 Mac. – AFP

    “Terima kasih kerana merosakkan malam saya,” kata Tuchel ketika bercakap kepada pemberita di Stade Pierre-Mauroy.

    “Bolehkah kita bercakap mengenai-nya apabila ia sudah disahkan? Marilah lihat bagaimana. Hari ini saya gembira kerana kami sudah ke lapan terbaik.”

    Chelsea kini sudah beraksi lima perlawanan sejak Abramovich ingin menjual kelab pada 2 Mac dan mereka menang kesemua perlawanan itu.

    Sejak tewas 0-1 di Manchester City pada pertengahan Januari, pasukan Tuchel hanya tewas sekali dalam aksi penentuan penalti kepada Liverpool pada perlawanan akhir Piala Liga.

    “Chelsea sangat jelas apa yang dimahukan dari setiap pekerja dan setiap pemain. “Mainkan peranan awda sehingga ke penghujungnya, hidup dengannya dan ambil tanggungjawab,” kata Tuchel ketika ditanya bagaimana beliau dan pasukannya berjaya kekal fokus di tengah-tengah semua kemelut. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...